Jatuh Cinta.

Assalamualaikum.
berkenaan tajuk di atas.
hmm, tajuk yang berat kan ?
MasyaAllah, sebagai manusia ni memang susah nak tepis rasa cinta.
Maklumlah, cinta itu fitrah.
Memang datang tanpa dipaksa, tanpa diundang. 
Tapi, apakah hak kita untuk mensia siakan cinta itu ?
Cinta itu suci, seputih salju,
Usahlah kau gelapkannya dengan maksiat.
Sedang cinta itu ciptaan Allah.
Maka mesti ada baiknya.
MESTI.
Cuma manusia sahaja yang sering menyalahguna serta menyalah ertikan cinta.
Bila timbul rasa suka, hati berbunga bunga bertemu si dia.
Syaitan melonjak Gembira.
Maksiat semakin berleluasa.
"Yesss, Aku menang ." katanya.
Labuhkanlah cintaMu kepada yang Esa.
Yang mencintaimu seadanya.
Susahkah? Memang kadangkadang Susah.
Diri sendiri tanya, Diri sendiri tak mampu nak menzahirkan jawapannya.
Allahurabbi.
Cinta itu fitrah. Cinta juga boleh jadi ujian.
Bila terbit rasa suka, perasaan memaksa diri untuk berterus terang kepada si dia,
Bila cinta yang dizahirkan tidak diterima, hati lebur berkecai hancur tak terkata.
Hinanya diri ini, mengutip cebisan itu kembali dan di saat itu baru ingin berserah kepada Ilahi.
Namun, Dia sebaikbaik tempat mengadu.
tempat menangis.
Tempat mencari kekuatan.
Dia terlalu sayangkan hambanya.
Sampaikan manusia mengambil kesempatan di atas cintaNya.
Allah :'(
Dia tahu isi hati hambanya yang sedang menangis kecewa, 
tapi dia setia mendengar luahan hambaNya itu.
kasihnya Dia pada kita, tidak mampu nak dizahirkan dengan kata kata.
Kita memang tak boleh nak tepi rasa suka, cinta itu daripada datang kepada kita.
KITA TAK PUNYA KUASA.
Tapi, kita ada kudrat mengawalnya.
jangalah kau bawa cinta yang suci itu ke lembah kehancuran.
Jagalah kesuciannya.
Andai terbit rasa suka, serahkanlah pada yang Esa,
dia punya kuasa atas segala.
memang sakit, lihat orang yang kita suka, cinta dengan orang lain.
pedih tak terkata,
Pendamlah, jika kau benar sayang akan agama.
PENDAMLAH.
Allah sedang merancang sebaikbaik nya buatmu. 
takperlulah kau risau.
Itu semua Dunia.
Doa itu senjata, Gunakannya sebaikbaiknya.
 Jaga marah dengan sabar.
Jaga cemburu dengan berbaik sangka.
Jaga cinta dengan doa.
" Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu."

Semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmatnya dan jauh dari laranganNya. 
Inshaa Allah :)

XOXO- Ainur

2 comments: