Semua Orang Buat Silap :)

Assalamualaikum, para pembaca. 
harini, aku nak bebel pasal kehidupan.
Sapa rasa dia tak pernah buat salah ?
tak kira laa salah tu KECIL atau BESAR,
ia tetap KESALAHAN.
jangan tuding jari pada orang lain. kerana lagi 4 jari akan berbalik kepada kita.
kalau wujudlah mereka yang membuat kesalahan yang terlalu besar ,
dan terasa susah untuk memaafkan,
ingatlah, Allah sentiasa terima taubat hambanya.
kenapa tidak kita sesama manusia ?
perlukah kita jatuhkan mereka2 dengan cacian dan makian ?
atau, kita rasa bertanggungjawab untuk bawa mereka ke atas semula ?
tepuk dada, tanya iman.
Sedarkah kita, tika kita di bawah,
hanya orang sekeliling yang dapat membantu kita untuk bangkit semula.
itulah lumrah.
janganlah kita jadi di kalangan yang menjatuhkan jika kita tidak mahu dijatuhkan.
Aku bukan nak backup yang salah, tapi, aku cuba untuk buka mata semua pihak.
mungkin sekarang masa mereka,
tiba masa kita, siapa tahu ?

No comments:

Post a Comment